Sunday 18 December 2011

Mek Mulong Cahaya Bulan


SINOPSIS

Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS (KSPP) atau PETRONAS Performing Arts Group (PPAG) dengan bangganya akan mempersembahkan Teater Tradisional - Mek Mulung Cahaya Bulan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari Jumaat 16 Dis 2011, Sabtu 17 Dis 2011 dan Ahad 18 Dis 2011 jam 8.30 malam.

Ini adalah usaha yang diambil oleh KSPP untuk memartabatkan sekaligus memelihara kesenian teater tradisional yang hampir pupus ini.

Mek Mulung Cahaya Bulan mengisahkan Cahaya Bulan Raja Negeri Selindungan Bulan yang mendapat firasat bahawa permaisuri baginda Puteri Nang Mara yang rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan oleh Raja Gergasi yang memerintah Benua Pakkian.

Raja Gergasi berharap sekiranya beliau dapat menguasai dan menakluki Puteri Nang Mara, ini  bermakna beliau berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya tanpa ada saingan kerana selama ini Puteri Nang Mara merupakanpenghalang utama kejayaannya.
Raja Cahaya Bulan menitahkan agar seluruh rakyat berjaga selama 7 hari 7 malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi. Raja Gergasi bersama pengasuhnya Amat dan Sena berjaya memasuki pintu kota Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti Raja Gergasi. Mimpi Puteri Nang Mara menjadi kenyataan apabila Cahaya Bulan dibunuh dengan panah. Sena dan Amat ditugaskan memujuk dan membawa Puteri Nang Mara ke Benua Pakkian.

Raja Cahaya Bulan yang dihanyutkan ke sungai dijumpai oleh Epong dan Edeng. Mereka merawat Raja Cahaya Bulan dengan air mawar sehingga berjaya memulihkan kembali kecederaan baginda.

Di Benua Pakkian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan berkahwin dengan Raja Gergasi. Cahaya Bulan Berjaya menyelamatkan Puteri Nang Mara.

Pementasan Teater Tradisional Cahaya Bulan oleh yang akan berlangsung selama tiga hari ini akan turut dijayakan oleh pemenang Raja Lawak musim ke-2 iaitu Nabil sebagai Peran. Watak Raja Cahaya Bulan pula akan dilakonkan oleh Razali Husin. 
 ___________________________________________________________________________________

Semalam aku pergi tengok teater tradisi ni dengan anak sulong aku. Saja je aku nak dedahkan dia dengan benda benda macam ni. Sekurang kurangnya dia tau yang kita pun ada teater tradisi sehebat teater Roman. Tercengang dia tengok, sebelum ni aku bawa dia pergi tengok Mak Yong, Bangsawan dan macam2 lagi kesenian tradisi dan rakyat. Biar dia tau asal usul, biar dia bangga dengan apa yang kita ada. Lagi pun Mek Mulong tu asal dari Kedah. Bapa mertua aku pun asal dari Kedah, saudara mara sebelah bapa aku pun ramai kat Kedah, mungkin sebab tu  dia suka sangat tengok persembahan tu semalam.  Dah memang ada darah Kedah jadi bahasa yang digunakan dalam pementasan tersebut tak la asing sangat pada dia. Sengaja aku nak petik suis kesedaran dia. Jangan ingat lahir di Kuala Lumpur duduk di Kuala Lumpur sampai lupa pada budaya sendiri. Aku harap dia faham mesej yang nak aku sampaikan pada dia.

Memang seronok sangat aku semalam. Selain dapat tengok Mek Mulong aku juga dpat jumpa member2 lama yang ada sesetengah tu dah berbelas tahun tak jumpa. Riuh rendah auditorium DBKL. Mana taknya bekas2 primadonna dan hero zaman silam bertemu. Banyak la cerita2 lama yang penuh nostalgia keluar. Tapi yang paling menyentuh hati aku, bila aku tengok ada seorang kawan aku yang disahkan mengidap kanser  payudara tahap 4 masih macam dulu. Penuh semangat dan nampak ceria. Kuat betul semangat dia, kalau aku tak tau la macam mana aku nak menghadapinya. Walaupun pembedahan membuang payudaranya telah dibuat tetapi dia tetap nampak cantik. Aku doakan semoga dia sentiasa sihat dan tabah.

Ok, pasal persembahan semalam pulak. Memang aku enjoy gila. Sangat menghiburkan secara keseluruhannya. Muzik sedap, nyanyian sedap, tarian cantik, pelakonnya pun boleh dikatakan semua nya bagus. Nak komen banyak pun aku tak berapa pandai. Puas hati la tengok, pada aku persembahan yang bagus tidak semestinya sempurna. Paling penting jangan nampak macam tak faham apa yang kita buat dan jangan syok sendiri. Cuma ada beberapa perkara mengikut pandangan aku kalau diperhalusi tentu lebih menarik. Pandangan orang kecil macam aku  mungkin tak penting, mungkin juga dipandang rendah. Tapi tak pe la, anggap je la aku ni penonton yang tak tahu apa2, tapi sengaja gatal mulut nak bercakap.

Pada aku yang pertamanya aku rasa sedikit janggal bila tengok posture penari korus yang terlalu menonggek terutama bila berjalan. Tak tau pulak aku kalau memang displin tari dia memang macam tu. Kalau ikut logik akal aku, perlakuan yang sebegitu tidak berapa menepati tatasusila tari Melayu. Hilang sedikit kemanisannya.Walau bagaimana pun aku puji persamaan gerak mereka. Koreografinya kemas, costumenya pun sangat cantik.

Kedua, dialog "double meaning" yang terlalu banyak. Memang kelakar untuk penonton dewasa, walaupun aku tengok ada audience perempuan dewasa sampai tersipu2 di sesetengah baris dialog. Aku yang duduk bersebelahan dengan anak perempuan sulung aku yang berumur 14 tahun pun naik segan. Tapi korang memang kelakar, terutama Kak Long dan inang2nya. Tak kurang hebat juga Epong dan Edeng. Ikhlas cakap korang punya kelakar menenggelamkan Nabil sebagai Peran. Korang memang hebat dan natural.

Ketiga, haiyooo Razali Husin sebagai Raja Cahaya Bulan, awatnya laju sangat bila berdialog. Tak tau la aku hang nak kejar apa. Bukan kata hang tak baguih tapi watak2 lain dia orang punya energy dah kalahkan hang. Hang hero, nasib baik la muka hang elok dan nampak tegap, kalau tak hang hapuih. Aku ni tak pandai berlakon tapi aku rasa cara hang berlakon bukan cara gerak lakon Mek Mulong. Cek tengok hang macam berlakon drama TV. Pelakon yang baguih body depa kena flexible, ni aku tengok body hang keraih sangat. Tapi aku puji suara hang memang sedap. Lain kali kalau hang dapat peluang dapat bawa watak dalam teater tradisi macam ni hang kena pi study dulu cara lakonan yang betui no. Haa! ni lagi satu cek tengok si Nabil tu, memang la watak Peran tu kena banyak bermain, tapi hang ni banyak sangat bermain main. Adakala cek tengok macam hang nak overshadow si Masri tu. Kesian dia. Lain kali jangan buat lagu tu, nanti jadi macam si Mawi, mula2 oghang suka, tapi bila dah lama2 oghang tau perangai dia terutama penganjur2 yang selalu panggil dia buat show, oghang menyampah. Nanti pakat kena booo ramai2.

La pasai apa pulak cek pi cakap dialek Kedah pulak....ehem,ehem ok dah tukar balik macam biasa. Selain dari tu memang semua hebat. Aku bagi 41/2 bintang kat korang semua. Syabas kepada Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS kerana bersungguh2 memelihara seni tradisi macam Mek Mulong ni. Pandangan aku ni jangan la ambil hati sangat. Tak de sapa pun yang nak ambil serius. Aku orang kecil penonton biasa yang gatal mulut nak bercakap. Lagipun pada aku...PERSEMBAHAN YANG BAGUS TIDAK SEMESTINYA SEMPURNA. Sorry cek mintak diri dulu ye....



No comments:

Post a Comment