Saturday 17 December 2011

keris lok lapan?????

Hari ni aku dijemput untuk menjadi pengacara bagi majlis Penyampaian Sijil Bengkel Asas Tari Zapin dan Muzik Gamelan di Panggung Bandaraya. Macam biasa la kan, pengacara bidan terjun so mulut aku pun bercakap laju je macam air terjun.Apa yang aku cakap pun kadang kadang aku sendiri pun tak tau....hehehehe. Macam kayu aku punya gaya penyampaian tadi...gila betul. Nasib baik aku ni dah ditrained bermuka tebal, rasa keaiban tu kurang la sikit. Cakap pun nak bagi cepat habis. Dalam dok melalut bercakap teringin la pulak anak tunjuk skill berpantun aku. Kejap kejap tu juga aku buat. Ni dia pantun yang aku reka.

Kain samping cantik bertampan
Bertampan permai paharnya kayu
Bermain zapin molek dan tampan
Berzapin  ramai lagu Melayu

Tempa keris loknya lapan
Selit di pinggang tampak bergaya
Mereka pewaris mereka harapan
Budaya gemilang cemerlang bangsa

Masalahnya sekarang ada ke keris berlok lapan? Sengal betul la aku ni. Angkara nak cepat dan gelabah sebab masa tu speech Timbalan Pengarah dah nak habis, aku pun balun je. Memang aku tak perasan, lepas aku habis je berpantun baru aku nampak pantun yang aku tulis. Hahahahaha kalau ada pandai besi dengar pantun tu tadi dia memang dah tikam perut aku. Keris mana ada berlok genap, semuanya ganjil. 

Mungkin pada setengah orang perkara ni kecil, tapi sebenarnya tidak pada aku. Ianya seolah olah menunjukkan kedangkalan aku tentang dunia Melayu. Aku perlu peka dan sensitif, keris adalah senjata Melayu, kebanggaan dan pembela bangsa Melayu. Lok keris mesti ganjil dan keganjilan itu punya rahsia dan musababnya. Tak payah la kat sini aku cerita pasal proses pembuatan keris sebab aku rasa ramai yang dah tau. Cuma kat sini aku nak bagi tau disebabkan kita suka sangat meremehkan sesuatu perkara  kecil orang boleh meranapkan kita. Aku tunggu juga ada tak orang datang nak komplen pantun aku, tapi haram, padahal audiences semuanya Melayu. Betapa tidak peka bangsa Melayu kepada senjata yang menjadi tunjang kemegahan bangsa. Memandang kecil sesuatu perkara dan lambat bertindak menjadi punca bangsa Melayu di pandang lemah. Kegagalan bangsa Melayu hari adalah kerana mereka gagal melihat perkara perkara kecil yang akan menjadi marak memusnahkan bukan sahaja maruah tetapi bangsa mereka Tidak mengendahkan kesilapan kecil akan membawa padah yang lebih besar. Alamak! Beremosi pulak aku. Sekali lagi aku tekankan di sini, aku bukan racist. Aku cintakan kepelbagaian. Aku cuma mahu bangsaku sedar mereka semakin kehilangan jatidiri. PERKARA KECIL AKAN MENJADI BESAR BILA DIBIARKAN, BEGITU JUGA DENGAN FITNAH, SEKIRANYA DIBIARKAN AKAN DIANGGAP BENAR.

Hehehehehe lebih lebih pulak aku ni, semuanya disebabkan serangkap pantun......SABAR JE LA EKKK.

















No comments:

Post a Comment