Sunday 18 December 2011

Mek Mulong Cahaya Bulan


SINOPSIS

Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS (KSPP) atau PETRONAS Performing Arts Group (PPAG) dengan bangganya akan mempersembahkan Teater Tradisional - Mek Mulung Cahaya Bulan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari Jumaat 16 Dis 2011, Sabtu 17 Dis 2011 dan Ahad 18 Dis 2011 jam 8.30 malam.

Ini adalah usaha yang diambil oleh KSPP untuk memartabatkan sekaligus memelihara kesenian teater tradisional yang hampir pupus ini.

Mek Mulung Cahaya Bulan mengisahkan Cahaya Bulan Raja Negeri Selindungan Bulan yang mendapat firasat bahawa permaisuri baginda Puteri Nang Mara yang rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan oleh Raja Gergasi yang memerintah Benua Pakkian.

Raja Gergasi berharap sekiranya beliau dapat menguasai dan menakluki Puteri Nang Mara, ini  bermakna beliau berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya tanpa ada saingan kerana selama ini Puteri Nang Mara merupakanpenghalang utama kejayaannya.
Raja Cahaya Bulan menitahkan agar seluruh rakyat berjaga selama 7 hari 7 malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi. Raja Gergasi bersama pengasuhnya Amat dan Sena berjaya memasuki pintu kota Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti Raja Gergasi. Mimpi Puteri Nang Mara menjadi kenyataan apabila Cahaya Bulan dibunuh dengan panah. Sena dan Amat ditugaskan memujuk dan membawa Puteri Nang Mara ke Benua Pakkian.

Raja Cahaya Bulan yang dihanyutkan ke sungai dijumpai oleh Epong dan Edeng. Mereka merawat Raja Cahaya Bulan dengan air mawar sehingga berjaya memulihkan kembali kecederaan baginda.

Di Benua Pakkian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan berkahwin dengan Raja Gergasi. Cahaya Bulan Berjaya menyelamatkan Puteri Nang Mara.

Pementasan Teater Tradisional Cahaya Bulan oleh yang akan berlangsung selama tiga hari ini akan turut dijayakan oleh pemenang Raja Lawak musim ke-2 iaitu Nabil sebagai Peran. Watak Raja Cahaya Bulan pula akan dilakonkan oleh Razali Husin. 
 ___________________________________________________________________________________

Semalam aku pergi tengok teater tradisi ni dengan anak sulong aku. Saja je aku nak dedahkan dia dengan benda benda macam ni. Sekurang kurangnya dia tau yang kita pun ada teater tradisi sehebat teater Roman. Tercengang dia tengok, sebelum ni aku bawa dia pergi tengok Mak Yong, Bangsawan dan macam2 lagi kesenian tradisi dan rakyat. Biar dia tau asal usul, biar dia bangga dengan apa yang kita ada. Lagi pun Mek Mulong tu asal dari Kedah. Bapa mertua aku pun asal dari Kedah, saudara mara sebelah bapa aku pun ramai kat Kedah, mungkin sebab tu  dia suka sangat tengok persembahan tu semalam.  Dah memang ada darah Kedah jadi bahasa yang digunakan dalam pementasan tersebut tak la asing sangat pada dia. Sengaja aku nak petik suis kesedaran dia. Jangan ingat lahir di Kuala Lumpur duduk di Kuala Lumpur sampai lupa pada budaya sendiri. Aku harap dia faham mesej yang nak aku sampaikan pada dia.

Memang seronok sangat aku semalam. Selain dapat tengok Mek Mulong aku juga dpat jumpa member2 lama yang ada sesetengah tu dah berbelas tahun tak jumpa. Riuh rendah auditorium DBKL. Mana taknya bekas2 primadonna dan hero zaman silam bertemu. Banyak la cerita2 lama yang penuh nostalgia keluar. Tapi yang paling menyentuh hati aku, bila aku tengok ada seorang kawan aku yang disahkan mengidap kanser  payudara tahap 4 masih macam dulu. Penuh semangat dan nampak ceria. Kuat betul semangat dia, kalau aku tak tau la macam mana aku nak menghadapinya. Walaupun pembedahan membuang payudaranya telah dibuat tetapi dia tetap nampak cantik. Aku doakan semoga dia sentiasa sihat dan tabah.

Ok, pasal persembahan semalam pulak. Memang aku enjoy gila. Sangat menghiburkan secara keseluruhannya. Muzik sedap, nyanyian sedap, tarian cantik, pelakonnya pun boleh dikatakan semua nya bagus. Nak komen banyak pun aku tak berapa pandai. Puas hati la tengok, pada aku persembahan yang bagus tidak semestinya sempurna. Paling penting jangan nampak macam tak faham apa yang kita buat dan jangan syok sendiri. Cuma ada beberapa perkara mengikut pandangan aku kalau diperhalusi tentu lebih menarik. Pandangan orang kecil macam aku  mungkin tak penting, mungkin juga dipandang rendah. Tapi tak pe la, anggap je la aku ni penonton yang tak tahu apa2, tapi sengaja gatal mulut nak bercakap.

Pada aku yang pertamanya aku rasa sedikit janggal bila tengok posture penari korus yang terlalu menonggek terutama bila berjalan. Tak tau pulak aku kalau memang displin tari dia memang macam tu. Kalau ikut logik akal aku, perlakuan yang sebegitu tidak berapa menepati tatasusila tari Melayu. Hilang sedikit kemanisannya.Walau bagaimana pun aku puji persamaan gerak mereka. Koreografinya kemas, costumenya pun sangat cantik.

Kedua, dialog "double meaning" yang terlalu banyak. Memang kelakar untuk penonton dewasa, walaupun aku tengok ada audience perempuan dewasa sampai tersipu2 di sesetengah baris dialog. Aku yang duduk bersebelahan dengan anak perempuan sulung aku yang berumur 14 tahun pun naik segan. Tapi korang memang kelakar, terutama Kak Long dan inang2nya. Tak kurang hebat juga Epong dan Edeng. Ikhlas cakap korang punya kelakar menenggelamkan Nabil sebagai Peran. Korang memang hebat dan natural.

Ketiga, haiyooo Razali Husin sebagai Raja Cahaya Bulan, awatnya laju sangat bila berdialog. Tak tau la aku hang nak kejar apa. Bukan kata hang tak baguih tapi watak2 lain dia orang punya energy dah kalahkan hang. Hang hero, nasib baik la muka hang elok dan nampak tegap, kalau tak hang hapuih. Aku ni tak pandai berlakon tapi aku rasa cara hang berlakon bukan cara gerak lakon Mek Mulong. Cek tengok hang macam berlakon drama TV. Pelakon yang baguih body depa kena flexible, ni aku tengok body hang keraih sangat. Tapi aku puji suara hang memang sedap. Lain kali kalau hang dapat peluang dapat bawa watak dalam teater tradisi macam ni hang kena pi study dulu cara lakonan yang betui no. Haa! ni lagi satu cek tengok si Nabil tu, memang la watak Peran tu kena banyak bermain, tapi hang ni banyak sangat bermain main. Adakala cek tengok macam hang nak overshadow si Masri tu. Kesian dia. Lain kali jangan buat lagu tu, nanti jadi macam si Mawi, mula2 oghang suka, tapi bila dah lama2 oghang tau perangai dia terutama penganjur2 yang selalu panggil dia buat show, oghang menyampah. Nanti pakat kena booo ramai2.

La pasai apa pulak cek pi cakap dialek Kedah pulak....ehem,ehem ok dah tukar balik macam biasa. Selain dari tu memang semua hebat. Aku bagi 41/2 bintang kat korang semua. Syabas kepada Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS kerana bersungguh2 memelihara seni tradisi macam Mek Mulong ni. Pandangan aku ni jangan la ambil hati sangat. Tak de sapa pun yang nak ambil serius. Aku orang kecil penonton biasa yang gatal mulut nak bercakap. Lagipun pada aku...PERSEMBAHAN YANG BAGUS TIDAK SEMESTINYA SEMPURNA. Sorry cek mintak diri dulu ye....



Saturday 17 December 2011

PAHLAWAN BERKULIT SAWO MATANG DAN KEBAYA

Mak aiiii!!!! Bagai nak pecah gegendang telinga aku masa kat Dataran Merdeka tadi. Punya la bising bunyi kereta yang tengah buat drift tu. Aku yang duduk kat tepi pun dah rasa macam nak tercabut nyawa. Adrenalin aku mendidih ke tahap yang tertinggi. Bila time dia nak drift je, aku ke belakang takut kereta langgar dinding lepas tu melayang kat aku. Memang  dia orang ni professional tapi hehehe aku gayat. Tak sayang nyawa betul dia orang ni. Pada aku dia orang ni memang ada keberanian yang luarbiasa. Bagus3 aku puji korang.

Dalam pada tu aku pandang juga keliling, ada tak orang orang yang berkulit sawo matang macam aku ni yang bawak kereta drift secara professional. Jawapannya nan ado (tak de) atau pun mata aku dah rabun teruk. so tak berapa nampak la dia orang ni. Tak pun driftters yang berkulit sawo matang macam aku ni ambil cuti rehat atau cuti sakit. Pelik jugak aku mana hilangnya pahlawan pahlawan  berkulit sawo matang yang selalu tunjuk hero kat atas jalanraya tu, yang handal cilok sana cilok sini dan sangat garang kalau tengok pemandu macam aku yang berkelajuan tahap siput ni. Mana ye dia orang semua. Atau dia orang tak cukup hero sampai tak de orang nak sponsor. Atau pun sebab dia orang  tak pandai cakap orang putih, tapi tak kan la, sebab bila kat atas jalanraya dia orang pandai bagi isyarat jari yang macam Mat Saleh selalu buat bila dia orang marah. Tak mungkin la. Apa yang aku nampak crew tukang jaga pagar, tak bagi orang luar masuk yang berkulit sawo matang ni ramai, memang dia orang  garang garang. Aku yang ada pass ni pun dia orang tengking. Cisss...aku tengking balik. Sorry aku hari ni ada all access punya pass, silap orang ye. 

Wahai pahlawan pahlawan berkulit sawo matang, korang ada skill, ada keberanian, berbakat besar. Jangan la kat atas jalanraya je korang tunjuk semua tu. Jangan la, sebab statistik pahlawan pahlawan berkulit sawo matang yang hilang nyawa di jalan raya tinggi. Jangan la tambah lagi. Cari la sponsor, buat proposal bagus bagus. Tak kan la tak de buisnessman bertaraf jutawan  berkulit sawo matang yang nak sponsor korang. Tak kan la dia orang ni kedekut dengan korang. Korang hero, korang pahlawan tentu korang bijak berfikir sebijak korang kat atas jalanraya, so korang kena fikir  macam mana nak tackle buisnessman sawo matang ni. Rugi tau korang, macam event hari ni,  ramai orang sponsor. Hebat hebat, tapi sayang korang tak gunakan kemudahan yang ada. Event macam ni dapat sokongan kerajaan tau. Kalau korang anti kerajaan pun tak pe, gunanya apa kemudahan yang disediakan. Sayang korang sebab aku rasa ramai yang terlibat dalam event ni bukannya sokong kerajaan sangat pun, tapi dia orang pandai ambil kesempatan. Ala korang buat la proposal bagus bagus. Cari sponsor kecil kecil dulu. Tak payah fancy sangat kereta korang, yang penting korang hebat tunjuk skill di tempat yang event tak berapa besar. Bila orang nampak kehebatan korang tentu ramai orang nak sponsor. Trainning bagus bagus tau, tapi jangan la atas jalanraya yang banyak kenderaan orang awam. INGAT STATISTIK tu.

Lagi satu kan pahlawan pahlawan, kalau korang ramai, bila  event macam ni buat kat Malaysia tak de la ramai gadis gadis litar tu pakai seksi seksi. Tentu dia orang malu. Mana tak malu korang kan pahlawan berkulit sawo matang. Bila korang dah terkenal dan jadi majoriti boleh la korang suggest gadis gadis litar ni pakai kebaya, baru nampak buat kat Malaysia. Kalau buat kat oversea tu lantak la. Tak kan nak nampak international kita tak boleh pakai kebaya. Korang tau tak, hari ni punya event akan ditayangkan di beberapa negara. Kalau korang tak de, tak nampak la Malaysianya. Bila gadis gadis litar tu pakai skirt sejengkal je dari pangkal peha pun tak nampak la Malaysia. Mungkin kerajaan nak tunjuk yang kita ni memang sangat sangat international kut. Itu la korang, kalau korang ramai tentu korang boleh bagi idea. Tak tau la aku kalau memang dah ada dalam international code untuk cara gadis gadis litar ni berpakaian, kalau tak ikut tak boleh  buat event macam ni. Patut la ramai pahlawan pahlawan berkulit sawo matang ni suka jadi penonton je sebab korang suka tengok gadis gadis litar yang seksi seksi kan. Dah, dah la tu korang lepas ni pergi trainning sebab aku teringin sangat nak tengok pahlawan berkulit sawo matang diapit oleh gadis litar berbaju kebaya tahun depan ye. Ok trainning tau, jangan tak trainning.






keris lok lapan?????

Hari ni aku dijemput untuk menjadi pengacara bagi majlis Penyampaian Sijil Bengkel Asas Tari Zapin dan Muzik Gamelan di Panggung Bandaraya. Macam biasa la kan, pengacara bidan terjun so mulut aku pun bercakap laju je macam air terjun.Apa yang aku cakap pun kadang kadang aku sendiri pun tak tau....hehehehe. Macam kayu aku punya gaya penyampaian tadi...gila betul. Nasib baik aku ni dah ditrained bermuka tebal, rasa keaiban tu kurang la sikit. Cakap pun nak bagi cepat habis. Dalam dok melalut bercakap teringin la pulak anak tunjuk skill berpantun aku. Kejap kejap tu juga aku buat. Ni dia pantun yang aku reka.

Kain samping cantik bertampan
Bertampan permai paharnya kayu
Bermain zapin molek dan tampan
Berzapin  ramai lagu Melayu

Tempa keris loknya lapan
Selit di pinggang tampak bergaya
Mereka pewaris mereka harapan
Budaya gemilang cemerlang bangsa

Masalahnya sekarang ada ke keris berlok lapan? Sengal betul la aku ni. Angkara nak cepat dan gelabah sebab masa tu speech Timbalan Pengarah dah nak habis, aku pun balun je. Memang aku tak perasan, lepas aku habis je berpantun baru aku nampak pantun yang aku tulis. Hahahahaha kalau ada pandai besi dengar pantun tu tadi dia memang dah tikam perut aku. Keris mana ada berlok genap, semuanya ganjil. 

Mungkin pada setengah orang perkara ni kecil, tapi sebenarnya tidak pada aku. Ianya seolah olah menunjukkan kedangkalan aku tentang dunia Melayu. Aku perlu peka dan sensitif, keris adalah senjata Melayu, kebanggaan dan pembela bangsa Melayu. Lok keris mesti ganjil dan keganjilan itu punya rahsia dan musababnya. Tak payah la kat sini aku cerita pasal proses pembuatan keris sebab aku rasa ramai yang dah tau. Cuma kat sini aku nak bagi tau disebabkan kita suka sangat meremehkan sesuatu perkara  kecil orang boleh meranapkan kita. Aku tunggu juga ada tak orang datang nak komplen pantun aku, tapi haram, padahal audiences semuanya Melayu. Betapa tidak peka bangsa Melayu kepada senjata yang menjadi tunjang kemegahan bangsa. Memandang kecil sesuatu perkara dan lambat bertindak menjadi punca bangsa Melayu di pandang lemah. Kegagalan bangsa Melayu hari adalah kerana mereka gagal melihat perkara perkara kecil yang akan menjadi marak memusnahkan bukan sahaja maruah tetapi bangsa mereka Tidak mengendahkan kesilapan kecil akan membawa padah yang lebih besar. Alamak! Beremosi pulak aku. Sekali lagi aku tekankan di sini, aku bukan racist. Aku cintakan kepelbagaian. Aku cuma mahu bangsaku sedar mereka semakin kehilangan jatidiri. PERKARA KECIL AKAN MENJADI BESAR BILA DIBIARKAN, BEGITU JUGA DENGAN FITNAH, SEKIRANYA DIBIARKAN AKAN DIANGGAP BENAR.

Hehehehehe lebih lebih pulak aku ni, semuanya disebabkan serangkap pantun......SABAR JE LA EKKK.

















Tuesday 13 December 2011

aku dan mereka semakin jauh dan hilang

Aku memang teringin sangat nak tau asal usul keluarga ku. Baik dari sebelah abah atau pun emak. Banyak cerita yang aku kutip dari arwah2 nenek saudara aku dan nenek aku sendiri, lebih lebih lagi nenek dari sebelah abah. Mesti orang lain terfikir kenapa aku berminat sangat nak menjejak asal keturunan keluarga aku. Aku ada alasan  tersendiri untuk berbuat demikian. Paling penting pada aku sekiranya kita mengetahui asal keturunan kita, kita akan lebih mengenali diri sendiri dan akan menghakis rasa rendah diri. Lihat sahaja bangsa bangsa lain, mereka begitu berbangga dengan asal keturunan mereka dan dengan kebanggaan itu mereka berjaya mencipta berbagai bagai kejayaan. Semuanya hanya kerana mahu menjaga keagungan salasilah keturunan mereka. Kebanyakan mereka mempunyai rekod tentang sejarah keluarga. Ada di kalangan mereka ini yang menganggap keluarga yang tidak menyimpan rekod salasilah keluarga adalah keluarga yang rendah dari segi statusnya. Mengapa kita tidak berbuat demikian, adakah rasa persaudaraan tidak erat untuk bangsa kita dan apabila keeratan itu longgar maka bangsa akan lemah. Sebangsa bermakna bersaudara, lahir dari satu induk biar pun sempadan geografi merupakan batas yang memisahkan bangsa dan kaum keluarga kita.

Pengalaman aku berada di Turki selama lebih kurang sebulan menjadikan aku takut kehilangan bangsaku. Orang-orang Turki yang majoritinya beragama Islam pada dasarnya, apabila ditanya tentang agama ramai yang menjawab tidak pasti dan apabila ditanya bangsanya tidak seorang pun yang mengatakan mereka adalah orang Turki sejati. Persoalan ini membuatkan aku terfikir ke manakah hilangnya bangsa Turki atau sememangnya negara Turki terbina dengan kepelbagaian bangsa. Apabila hilang bangsa maka hilanglah kedaulatan bangsa tersebut. Rakyat Turki seolah olah lebih berbangga dengan mengakui mereka berdarah Greece, German, Itali, Sepanyol dan sebagainya. Apakah mereka menganggap berdarah Turks itu menjadikan mereka rendah dari segi status atau kerana mereka tidak mengenal asal keturunan mereka. Seagung bangsa Turks sendiri ditidakan martabatnya oleh keturunannya sendiri, apa lagi kita yang tidak pernah mahu mengenal asal usul. Rakyat Turki lebih memandang barat sebagai paksinya dan ideologi mereka tentang Islam mengelirukan aku. Aku tidak mahu kehilangan bangsaku  dan aku tidak mahu kehilangang akar di mana pohon keluargaku mula bertunas.

Sikap untuk tidak mengakui kemurnian darah bangsa semakin menebal di kalangan bangsaku. Memilih untuk tidak menjadi sejati Melayu bagaikan satu trend dan kemegahan. Mungkin berlaku persilangan darah pada generasi yang terdahulu, tetapi kita harus melihat diri kita hari ini baik dari segi fizikal atau kecenderungan budaya yang kita anuti. Kenapa apabila ditanya tentang bangsa dengan bangganya persilangan bergenerasi lamanya yang disebut terlebih dahulu bukannya "saya sejati Melayu dan darah Melayu saya bersilang dengan darah bangsa lainnya". Aku bukan seorang yang racist, aku suka akan kepelbagaian bangsa. Aku mahu semua bangsa gembira menjadi bangsanya, bukan malu atau merasa rendah diri dan untuk tidak merasa rendah diri kita mesti mengenal bangsa kita, mengenal bangsa adalah mengenal saudara. Lihatlah negara China hari ini kemajuannya sangat drastik berbanding cuma sepuluh tahun yang lalu kerana rakyatnya berusaha memartabatkan bangsanya setanding dengan bangsa bangsa maju yang lain di dunia. Bila di tanya bagaimana mereka melakukannya mereka menjawab mereka mahu menjadikan kembali bangsa mereka bangsa yang terulung di dunia. Pelik bukan.... mereka berjuang lebih kepada bangsa bukan negaranya.

Aku selalu melihat bangsaku memandang perkara ini sebagai satu perkara yang remeh. Mereka yang melalak tentang perkara ini kebanyakannya ahli ahli politik yang berkepentingan. Apa yang kelakarnya ada di kalangan keluarga rapat mereka yang aku kenal cara hidupnya bukan Melayu, pertuturan tidak Melayu, makanannya tidak Melayu, akhlaknya tidak Melayu dan mereka sendiri memandang Melayu dengan jelek. Aku tidak menunding jari ke mana mana pihak, tetapi ini hakikat yang perlu ditelan. Inilah sikap bangsaku, inilah sifat saudaraku. Saudara maraku bukan bangsa kelas kedua, saudara maraku telah membina kemegahan sejak zaman berzaman. Juga kerana kemegahan ini, aku menjadi teruja untuk mencari asal keturunanku walaupun aku kehilangan punca....yang pernah aku lihat hanyalah jurai keluargaku di atas kertas lusuh, selusuh harga diri aku dan keluargaku, kerana kami semakin jauh dan hilang...... PERTALIANNYA.










Friday 9 December 2011

KUMPULAN PENCURI SEPARUH PROFESSIONAL


Melepak bersama kawan kawan masa zaman sekolah dulu adalah aktiviti aku yang paling mak aku anti. Lebih lebih lagi waktu melepak aku selepas waktu Isyak bawak sampai pukul 12 malam. Aktiviti aku ni biasanya pada hari Jumaat malam Sabtu dan hari Sabtu malam Ahad. Kadang kadang kami tidur di surau atau tidur di sebuah pondok sebelah surau. Kalau nak brutal sikit kami tidur kat rumah tinggal yang orang kampung hebohkan berhantu, tak pun kita orang tidur kat rumah dua pupu aku yang kosong tetapi tak kurang hebat dengan cerita hantunya. Cerita hantu bukan fokus aku hari ni, tapi aku nak tulis 2 cerita tentang  kumpulan pencuri separuh professional tetapi ada jugak la unsur2 misteri kat dalam tu.

Cerita Pertama

Aku dan kawan2 aku kalau tak tidur kat surau, bila time cuti sekolah tidur kat rumah dua pupu aku tadi.
Bila dah berkumpul ramai ramai macam2 la idea dajal yang timbul. Salah satunya, mencuri ayam, membakar dan terus makan. Masa tu tak ingat dosa ingat enjoy dan adventure la kononnya. Sembelih ayam guna pisau lipat harga 10 sen yang kadang kadang kita guna untuk asah pensil. Jangan tanya pasal betul ke cara penyembelihan tu yang kami fikir baca bismillah dan pastikan uratnya putus je. Bila dah siap bakar hilang halal haram semua makan macam tak pernah makan ayam….hehehehe.

Projek ayam ni ikut turn kalau minggu ni aku, minggu depan orang lain pulak yang pergi kebas, tapi aku tak pernah kena pergi sebab tugas aku tiap2 minggu adalah MENCABUT BULU AYAM, tetap dan tiada bantahan, sebab aku ni memang terkenal penakutnya. Daripada aku menjejaskan projek dia orang lebih baik aku tak payah ikut. Jadi untuk ke sekian minggunya tibalah giliran sahabat aku yang seorang ni. Setiap satu projek akan disertai oleh dua orang yang lain. Kebetulan minggu tu kami tak tidur di rumah pusaka dua pupu aku yang dikatakan berhantu tu, kami tidur di rumah kawan aku yang emak dengan bapak dia tak de di rumah. So, turunlah tiga orang ranger kita orang ni mencari ayam, yang lain sibuk dengan tugas masing masing, kali ni kita orang tak gunakan pisau 10 sen  sebab rumah kawan aku ni ada pisau betul dan complete semuanya. Belum mendidih lagi air yang aku dan kawan aku yang juga merupakan anak tuan rumah masak, tiga orang ranger kami dah sampai dengan tiga ekor ayam betina yang montel. Dengan tidak melengahkan masa tukang sembelih pun memulakan acara, lepas seekor seekor dia sembelih. Aku dan kawan aku (anak tuan rumah) dah stand by untuk tugas kami pulak. Masa tu semua orang tak banyak cakap, agaknya semua orang dah terliur nak makan ayam panggang termasuklah aku.

Bila dah siap semua kami pun berebut rebut la makan ayam projek tu. Entah macam mana kawan aku (anak tuan rumah)  pun tanya soalan kat tiga orang ranger  hari ni dekat mana dia orang rembat ayam  sebab sekejap sangat dia orang pergi. Tiga orang ranger tu cakap ada port yang selamat dan baik punya. Kami semua pun bukan berapa nak tau kat mana dia orang buat projek yang penting ayam mesti ada. Lantaklah kat mana dia orang nak ambil pun. Tetapi hairan la juga, selalunya paling kurang pun sejam kalau pergi, ini tak sampai 30 minit dah balik…ahhhh lantaklah…Jam dah pukul 4 pagi kami kena bangun awal, sebab besok tuan rumah sampai awal pagi kata anaknya. Maknanya sebelum dia orang sampai kami kena keluar dan kemas semua sisa sisa projek semalam sebab projek tersebut adalah rahsia besar kami.

Pagi-pagi lagi kami dah keluar, rumah kami pun bukannya jauh sangat. Kalau menjerit sikit je boleh kata satu kampung boleh dengar kalau tak dengar pun kalau ada apa apa isu cepat je sampainya sebab radio kampung (JARINGAN KAK NAM)  lagi hebat dari blackberry sekarang. Coverage dia lagi meluas, cepat dan hebat. Tengah aku makan tengahari  tiba-tiba aku dengar suara bising-bising. Aku, emak, abah dan adik beradik lain pun berhenti makan nak tengok apa ceritanya. Aku nampak emak kawan aku, tuan rumah yang kami tidur semalam tu mengibas-ngibas parang mengamuk ayamnya tiga ekor yang tengah mengeram dah dicuri orang. Emak aku pulak siap cakap tak de pulak dengar bunyi musang semalam. Aku dengan anaknya dari jauh berpandang pandangan… Minta maaflah ye Makcik Siti…tetapi projek kami terus berjalan, tetapi kali ini tidak di kampung sendiri, projek kami berjalan di kampung kampung bersebelahan kerana semenjak dari itu semua reban ayam di kampung kami dikunci orang.

Cerita Kedua

Di tarikh, tempat dan waktu yang lain. Kali ni kami tidur di pondok sebelah surau. Waktu tu musim buah buahan. Dari projek ayam misi kami bertukar kepada buah buahan pulak. Siapa tahan kalau tengok buah rambutan merah menyala yang lekang, buah manggis yang masak warna ungu pekat dangan bau durian yang menusuk nusuk.

Pakatan dah dibuat dari siang lagi, tiga guni padi dah kami letak bawah pondok. Tak payah la nak susah menggagau nak cari malam nanti. Habis je sembahyang Isyak kat surau kami pun kumpul ramai ramai kat pondok tu. Enam orang dah sukarela nak jadi power ranger kami. Aku dengan empat kawan aku lagi tinggal kat pondok tu mengechong (main daun terup). Bukan main semangat lagi aku tengok ranger ranger kita orang nak mulakan misi. Kami yang tinggal pulak bukan main semangat nak makan buah. Maka berlalulah ranger ranger kami……

Rasanya macam dah lama sangat dia orang ni pergi, tapi kami berlima tetap sabar. Mana boleh marah marah, dia orang berenam tu sanggup berkorban untuk perut kami dan perut mereka jugak. Dalam asyik mengechong  tiba tiba kami dengar bunyi orang berlari ke pondok tempat kami melepak. Berderau juga le darah aku. Kami berlima menjengok keluar tingkap. Kami nampak tiga orang kawan kami dengan nafas macam anak kerbau termengah-mengah, bibir pun biru. Salah sorang kawan yang sama dengan aku tanya apa dah jadi kat dia orang.  Semua tak boleh nak jawab, kami pun turun dan ambil tiga guni yang dah ada isi buah durian kat dalam tu. Kami suruh dia orang naik tapi dia orang tak nak. Kami tanya mana pergi lagi tiga orang ranger yang lain dia orang  cuma cakap mati la dia orang tu. Aku pun bila dengar mati je mula la kelam kabut, maklum la  aku ni kan penakut tahap super. Aku tanya dia orang lagi mana dia orang pergi, dia orang cakap ada hantu. Dengar hantu je aku pun dah rasa nak pitam. Kawan aku tanya kat mana. Dia orang cakap kat kebun Pak Man. Aku dah panik gila tak kan la nak biarkan tiga ranger tu mati kena hisap darah, paling kurang pun kena sampuk. Lepas dia  orang  tenang sikit dia orang pun start cerita…..

Mula mula dia orang pergi menjalankan misi di kebun Pak Meor, buah durian Pak Meor memang famous satu kampung dengan isinya yang sedap. Lepas tu pulak kulitnya senang nak kopek. Pak Meor ni anak anaknya semua tinggal kat luar, jadi tak de la orang nak menunggu dusun durian dia. Pak Meor cuma kutip durian sebelah pagi je. Ini semua kami dah siasat sebelum menjalankan misi kami…hehehehe. Dah separuh tiga guni berisi durian, salah sorang ranger kami cakap tak best la kalau makan durian je, dia pergi ajak cari buah manggis pulak. Pakat punya pakat semua setuju bermisi di dusun Pak Man. Manggis dia ni pun famous, cuma masalahnya dalam dusun dia ada kubur panjang, orang tua tua cakap itu kubur orang yang mula mula buka kampung ni. Ada dua kubur panjang , satu suami satu isteri dia punya. Panjang satu kubur lebih kurang lima belas kaki  dari satu batu nisan ke satu lagi batu nisan. Ada ranger yang tak nak pergi sebab seram tapi ada ranger yang jugak merupakan sepupu aku keberanian dia tahap ultra bagi semangat kat dia orang. Bila semangat  dah ditiup, mereka pun kembali berkobar kobar bagi menjalankan misi. Dengan langkah perwira keenam enam ranger pun pergi ke dusun Pak Man. Sampai di dusun Pak Man tiga orang ranger termasuk sepupu aku yang mempunyai keberanian luarbiasa pun  terus panjat pokok manggis Pak Man yang paling lebat. Tiga orang lagi tunggu kat bawah. Tengah leka yang atas petik yang bawah kutip bermula la episod ngeri dia orang, tiba tiba dia orang dengar bunyi perempuan mengilai. Mula mula jauh tapi makin lama makin dekat, yang kat bawah semua dengar tapi yang peliknya yang kat atas macam tak dengar apa apa. Jenuh yang bawah panggil tapi yang di atas leka lagi petik manggis. Ranger kat bawah dah ketar lutut, apa lagi bila tengok pokok manggis lain dah kena goncang, makin lama makin dekat dan dekat sampai rasa dengar bunyi mengilai tu betul betul kat cuping telinga. Dah macam tu ranger yang kat bawah tu apa lagi, seret guni dan cabut balik pondok tinggalkan ranger yang lagi tiga orang  kat atas pokok.

Bila dah habis dia orang cerita kawan aku pun ajak pergi dusun Pak Man tengok apa cerita tiga ranger yang tinggal kat atas pokok. Aku punya la takut, tapi sebab ada tujuh orang lain lagi aku pun setuju pergi. Lagi pun takut nak panggil orang kampung, mati la kami kena rembat dengan dia orang kalau dia orang tau misi kami. Hendak tak hendak kami semua kena pergi juga. Dengan seram sejuk, walau pun kaki aku rasa tak boleh melangkah aku ikut. Sampai je kat dusun Pak Man kami terus pergi ke pokok manggis tu. Kami pandang kiri kanan, takut makhluk tu ada lagi. Kami pandang kat atas pokok kami tengok tiga ranger kami macam keras melekat kat batang manggis. Kami panggil berkali kali baru  dia orang ni tersedar, bila tersedar je ketiga tiga ranger kami pun turun pokok. Cepat cepat kami balik ke pondok.
Sampai je di pondok kami pun tanya dia orang dengar tak masa ranger yang kat bawah panggil dia orang suruh turun. Dia orang cakap semua tak dengar, yang dia orang perasan bila dia orang panggil ranger yang kat bawah semuanya dah tak ada, yang dia orang nampak satu lembaga keliling pokok manggis tu. Nak turun dah tak boleh kena la tunggu sampai benda tu pergi, tapi dia orang nampak kami datang, benda tu pulak bila nampak kami datang terus pergi dekat kami dan berdiri di sebelah salah sorang kawan kami. Itu pasal la dia orang keraskan diri kat atas pokok tu. Lepas lembaga tu hilang baru dia orang turun. Ngeri gila bila dengar cerita dia orang. Nasib baik aku tak nampak masa dia berdiri sebelah kawan kami tu.

Fuhhhh….habis cerita baru kami perasan yang kepala salah seorang ranger kami basah lepas tu berbau bancing. Kami ingatkan dia kena simbah dengan hantu, bila kami tanya kenapa, dia tunjuk seluar sepupu aku yang keberaniannya tahap ultra tu basah. Apa lagi dari takut terus berderai ketawa. Apa tidaknya masa kat atas pokok tu sepupu aku betul betul berada di atas kepala dia. Kesannya sehingga sekarang ialah parut parut duri durian yang terseret kat peha peha ranger ranger kat bawah pokok, kerana menjinjing dan berlari membawa durian dalam guni tanpa merasa sakit.

Terima kasih kawan kawan aku yang berparut kerana sanggup berkorban demi kami menyelamatkan durian tersebut walau pun korang takut setengah mati…..hehehehehe.


Thursday 8 December 2011

aku dan hantu kum kum

Aku rasa ramai yang pernah dengar nama hantu ni. Masa aku kecik kecik dulu nama makhluk ni amatlah popular dah jadi macam satu fenomena. Aku kat sini bukan nak cerita pasal kisah seram makhluk ni, tapi aku nak cerita pasal kisah aku yang sampai hari ni orang lain tak tahu.....

Aku masa kecik dan sampai sekarang memang sorang yang penakut, so kalau kat kampung budak budak yang penakut macam aku ni memang la selalu jadi mangsa sakat. Waktu yang paling aku seram bila nak pergi dan balik mengaji. Kat kampung aku masa tu mana ada lampu jalan, jalan nak pergi rumah saudara yang mengajar aku mengaji memanglah gelap. Lebih menyeramkan lagi kononnya depan rumah saudara aku tu pulak ada kubur Jepun, tak tau la aku betul ke tak sebab tak pernah pulak aku nak pergi menyiasat walaupun siang hari, kawasan tu pulak penuh dengan pokok pokok besar dan semak samun setinggi dada. Tengok kawasan tu pun dahn tegak bulu roma inikan pulak nak masuk area tu....eee sorry so scary.

Aku kalau pergi mengaji akan pergi awal2 dan selalunya aku la orang yang pertama akan sampai. Habis je waktu Maghrib muka aku yang akan nampak dulu, bukannya aku rajin, tapi kalau aku sampai dulu aku yang akan mula mengaji depan saudara aku tu. Bila habis mengaji aku boleh la balik dengan sepupu2 dan kawan2 aku yang lain, tak la balik sorang2. Dia orang ni pulak dah memang tau tektik aku yang penakut gila ni dan tanpa pengetahuan aku satu hari tu dia orang semua dok pakat awal2 pergi mengaji dulu. Dia orang semua sampai awal dari aku dan mengaji dulu. Bila aku sampai aku tengok semua dia orang dah ada. Maknanya hari tu aku akan jadi orang yang paling last membaca. Apa lagi, aku pun dah mula berdebar2 harap2 dia orang tunggu aku masa balik nanti tapi dalam hati aku memang dah ada rasa dia orang akan tinggalkan aku. Masa aku tengah mengaji aku sempat lagi jeling tepi tepi aku, aku tengok sorang pun dah tak ada. Rasa nak menangis pun ada tapi sebab takut dengan saudara aku yang mengajar tu aku baca juga walau pun bacaan aku dah tunggang langgang. Habis je mengaji aku kelam kabut nak balik. Turun je dari tangga rumah saudara aku tu pun aku dah rasa macam ada benda nak pegang kaki aku. Lepas je pakai selipar aku pun terus pecut  dah la gelap sunyi pulak tu, sampai la kat sebatang pokok ciku aku tiba2 dengar bunyi mengilai. Aku pun apa lagi lintang pukang la sampai putus2 selipar aku. Dalam kepala aku hanya ada Hantu Kum Kum, Hantu Kum Kum, Hantu Kum Kum. Sampai kat rumah muka pucat lesi, bila mak tanya aku tak terjawab apa2 cuma yang boleh aku cakap selipar aku dah putus. Mak pun naik angin bila dengar selipar putus, mana taknya dah la baru beli dan bagi keluarga macam aku ni sepasang selipar tu mahal harganya. Sedih gila aku masa tu dah la takut belum hilang, kena marah pulak. Dah memang rasmi aku dari kecik sampai sekarang kalau ada apa apa masalah aku tak pernah cerita pada family aku. So cerita pasal kena usik dengan Hantu Kum Kum tu aku diamkan saja.

Besoknya.....
Aku macam biasa akan berkumpul dan bermain dengan kawan2 dan sepupu2 aku yang lain, tapi hari ni aku tengok dia orang ni lain macam je, siap bisik2 dan gelak2. Seorang sepupu aku pun tanya aku balik semalam tak takut ke, tapi aku diam je. Ada rasa nak cerita apa yang aku dengar semalam tapi malas takut dia orang tak percaya. Sampai la time nak main susun selipar ada sorang kawan aku ni dengan ketawa dia tanya mana selipar aku dia orang nak susun, aku kata selipar aku hilang...dalam hati aku cakap tak nampak ke aku datang dengan kaki ayam je. Dia pun bila dengar hilang, ketawa besar2 dan cakap bukan selipar kau putus ke sebab lari takut kena kejar dengan Hantu Kum Kum dan kata aku ni dah la PENAKUT lepas tu PENIPU la pulak...HAHAHAHAHA semua orang ketawakan aku. Aku terus terdiam dan menyumpah JEFF dalam hati. Aku bukan saja telah dianiayai semalam tapi aku lebih malu bila dikatakan PENIPU. Tunggu kau JEFF, tunggu......

Seminggu kemudian.....
Sebelum pergi mengaji aku  masukkan telekung mak aku dalam beg mengaji. Hari ni sebelum Maghrib lagi aku dah sampai rumah saudara aku yang mengajar mengaji tu sampai dia pun hairan kenapa awal sangat sampai. Aku cakap nak balik cepat sebab banyak kerja sekolah. Habis je sembahyang Maghrib aku terus mengaji dan balik. Aku berselisih dengan kawan2 termasuk Jeff dan sepupu2 aku yang lain. Dia orang cakap berani pulak aku balik sorang. Aku diam je dan senyum...memang takut, tapi aku tabahkan hati aku untuk projek ni. Tunggu kau JEFF, tunggu....

Di selekoh rumah JEFF....
Dalam gelap aku duduk di belakang busut jantan yang ada kat situ. Takut memang takut tapi aku kena tabah...hehehehe, aku sarong telekung mak aku, aku duduk diam diam. Jeff adalah orang yang terakhir akan sampai ke rumah sebab rumah orang lain semuanya sebelum selekoh berbusut jantan tu kecuali rumah aku. Dari jauh aku nampak Jeff datang, siap kau Jeff siap. Aku tutup mulut dan separuh hidung aku dengan kain putih, Jeff semakin hampir aku pun dah bersedia, sampai je dia di selekoh tu aku bangun perlahan lahan, aku depangkan tangan aku betul2 di depan muka dia, aku serakkan suara, panggil nama dia. Jeff pun ternganga2, menggigil2 sebelum lari lintang pukang. Hahahahaha dalam gelap pun aku nampak muka Jeff yang takut teramat sangat tu. PUAS HATI aku, sebab aku tahu kau la yang jadi ketua menyakat aku tempoh hari.

Besoknya.....
Satu kampung heboh pasal Hantu Kum Kum menyakat Jeff, aku dengar Jeff demam sebab terperanjat sangat terserempak dengan Hantu Kum Kum. Emak dengan bapa Jeff cari orang nak pulih semangat Jeff yang kononnya tersampuk dengan Hantu Kum Kum...kali ni dalam hati aku cakap nak pulih kan apa, AKU NI YANG HANTU KUM KUM dan sampai sekarang cerita Jeff disakat Hantu Kum Kum masih lagi diceritakan orang...dan aku terus berdiam....sebab aku lah LAGENDA yang diperkatakan itu...hehehehe....sorry  Jeff tapi padan muka kau seminggu kau demam.


aku yang tengah bosan

jenuh fikir nak tulis pasal apa...hmmm ok, cakap pasal biasa2 je la...
Bulan lepas sekali lagi aku ke Beijing, kali ni best jugak la sebab tengah musim gugur. Aku memang suka pergi mana2 negara pada musim gugur, pemandangan cantik, udaranya pun best....lagi pun aku suka sejuk. Kali ni kita orang buat persembahan di Parkson, Beijing. Shownya siang je, tiga kali sehari, disebabkan  dah kali ke tiga aku ke China keinginan utk bershopping dan berjalan tu amatlah kurang, tapi satu tempat yang aku tak pernah jemu pergi GREAT WALL. Dari sekolah rendah lagi Great Wall adalah salah satu tempat yang sangat2 ingin aku pergi, siapa sangka aku dapat juga menjejakkan kaki ku ke sini. Inilah yang dinamakan rezeki Allah. Tak pernah aku terfikir akan sampai ke sini, maklumlah aku ni bukan dari keluarga yang kaya, belajar pun tak berapa nak tinggi. Pertama kali aku panjat Great Wall ni tahun lepas rasa bangga sangat tapi bila dah naik atas aku ngeri nak turun...sebab aku ni penggayat orangnya...budak2 aku siap ketawakan aku lagi, tapi serius memang aku gayat rasa seram sejuk dan lembik kaki aku..hehehehe buat malu je....

Balik je dari China aku terlibat dengan Bangsawan Merong Mahawangsa, buat koreogrfi untuk persembahan tersebut, aku buat ala2 je, lepas tu abg Jass touch up...hehehe, kerja senang. Banyak juga le komen2 yang aku dengar pasal bangsawan ni, tapi aku tak kisah. Terima kasih pada yang telah memberi pandangan banyak benda yang aku belajar dari dia orang semua. Walau pun komen2 tu banyak yang negatif tapi aku suka dengar....lagi sekali TERIMA KASIH. Satu benda yang aku dapat kalau nak memperbaharui sesuatu kena tau kat mana  yang nak diperbaharui, macam kawan aku cakap kena faham pasal KONVENSI.

Habis je Bangsawan aku banyak relax..hehehehe turn orang  lain pulak sibuk, aku menyibukan diri depan PC je, tapi tak best juga semakin besar la badan aku yang sememangnya dah besar. Mata aku pun dah berpinar dari pagi sampai petang dok mengadap PC. Apa yang tak bestnya dalam beberapa minggu ke belakangan ni ramai saudara mara dan orang yang aku kenal meninggal dunia, semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang yang soleh. Tidak sesaat pun umur manusia dipanjang atau dipendekkan, begitulah hebatnya kuasa Allah.

Ini part dengan anak2 pulak, sibuk dia orang tanya bila nak pergi bercuti, masalahnya bila aku tak sibuk isteri aku pulak yang sibuk. Kasihan  aku tengok dia orang ni...tunggu la bila ada rezeki dan kelapangan kita pergi ye, ayat yang selalu aku cakap dekat anak aku sampai yang sulung tu pun nampak macam dah fed up dengar ayat ni. Sabar ye next year kalau ada rezeki lebih kita pergi China ye (impian aku la ni), tak tau la tercapai ke tak.

Bila dah tak de berapa banyak kerja ni aku pun jadi emo sikit. Mula la teringat kawan2 lama, zaman sekolah, kawan kat kampung, pendek kata semua yang ada unsur2 nostalgia kononnya. Aku pernah dengar orang tua2 cakap kalau ingatan kita pada seseoarang tu kuat maknanya orang tu pun ingat kat kita....hahahahaha tak boleh pakai untuk aku sebab aku ada ingat sangat kat sorang kawan, aku tinggalkan nombor telefon, aku say hi kat FB pun dia tak balas balik... frust la jugak, tak pe la...mungkin dia busy (cuba mempositifkan fikiran). Apa2 pun harap kau terus maju la kawan, selamat dunia dan akhirat.
Untuk hari ni rasanya cukup dah kut, lain kali kalau rajin aku tulis lagi dengan cerita2 yang lebih hangat dan menarik. Ok, bye,bye.....